KEUTAMAAN BULAN
ZULHIJJAH
Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w
telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :
Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as
telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya
akan diampunkan oleh Allah
Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as
diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti
berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.
Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah
diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya
juga akan diperkenankan oleh Allah
Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari
itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan.
Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat
munafik dan siksa kubur
Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan
pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada
hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan
dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu
kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya
Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat
perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada
perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah
(hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang
banyak oleh Allah
Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu
kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari
syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari
ketahui).
Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari
tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman
dan sentosa.
Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :
a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
b) Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan
solat Adha
c) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan
yang lain
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
e) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah
hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
Sunat membaca doa
akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca
doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.
Wallohu
'alam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar